Custom Search

Sunday, May 18, 2008

LOKASI PANCINGAN MENARIK DI KONG KONG PASIR GUDANG

Assalamualaikum...........

Hari ini saya akan bercerita tentang beberapa tempat memancing yang terletak di KONG KONG Pasir Gudang JOHOR. Mungkin ramai diantara anda yang tidak tahu yang Kong Kong merupakan sebuah kampung nelayan. Di sini terdapat banyak tempat menarik untuk memancing, sama ada melalui pancingan pantai, rumah rakit, menyewa bot atau pun menggunakan hidmat tekong untuk menduga perairan Kong Kong. Di sini juga anda dgn mudah boleh boleh membeli umpan dari kedai2 yang menjual umpan walaupun pada jam 3 pagi. Jadi anda tidak perlu risau tentang umpan walaupun turun memancing pada bila2 masa. Disini juga tersedia beberapa tempat untuk menyewa bot, biasanya saya akan ketempat Pak Yakob atau Ah Kau untuk menyewabot. Untuk menyewa bot dari Pak Yakop sewa yang dikenakan agak murah iaitu RM30 untuk bot berkuasa 15 kuasa kuda dan RM50 untuk bot yang berkuasa 30 kuasa kuda. Ini tidak temasuk kos minyak yang digunakan. tapi anda tidak perlu risau kerana Pak Yakob akan menyediakan minyak yang secukupnya untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan wang untuk membayar berapa banyak banyak minyakn yang anda gunakan hehehehehehehehe..... Di jety nelayan Pak Yakob, anda juga boleh mendapatkan umpan ruat dan udang hidup. Disini juga anda juga boleh bertanya pada Pak Yakob tentang khidmat tekong yang mahir dengan selok belok perairan Kong Kong.

Template Design | Elque 2007