Custom Search

Tuesday, December 30, 2008

Lubuk di Tanjung Buai



Tanjung Buai merupakan sebuah pekampungan nelayan yang terletak di daerah Kota Tinggi Johor. Jika menaiki bot dari Kong Kong Pasir Gudang ia hanya mengambil masa 15 min sahaja untuk ke Tanjung Buai. Dan hari ini saya akan bercerita pada anda semua tentang trip saya di kawasan perairan Tanjung Buai. Trip rengkas yang disertai oleh saya, zakaria dan baharin ( rakan sekerja ) bermula apabila seorang rakan kami menyatakan yang beliau telah terjumpa sebuah lubuk yang terletak di perairan tanjung buai. Melalui cerita beliau lubuk ini terletak berhanpiran dengan jambatan baru yang menghubungkan pasir gudang ke desaru (jambatan ni pun lubuk jugak tapi dilarang memancing di kawasan ini kerana jambatan masih dalam peroses pebikinan ) dan berhampiran dengan dua rumah rakit pembela ikan.




menurut beliau lagi lubuk ini tidak terdapat karang dibawahnya, ia hanya tempat laluan ikan. Tetapi bukan laluan ikan gelama atau duri, ianya laluan ikan idaman pemancing dan ikan yang selalu mengunakan laluan ini adalah unga tanda, ikan merah, senangin, ebek, tebal pipi dan tangkapan terbaru di lubuk ini seekor temerih seberat 10 kg ( tapi malang tiada gambar utk ikan ini kerana tiada sebarang kamera di bawa semasa ikan ini di tawan ) dan semua ikan yang lalu di kawasan ini bersekala 1.5 kg ke atas. Dan nasihat saya pada rakan semua tambat la joran anda jika memancing di kawasan ini, kerana saya sendiri pernah nyaris kehilangan joran kesayangan saya apabila direntap ganas oleh ikan dan terjatuh ke dalam air. Mujur la joran saya di tambat dengan seutas tali, walau bagaimana pun ikan berjaya memutuskan tali perambut yang berkekuatan 60 paun setelah 10 min bertarung.Umpan yang kami gunakan utk trip ini adalah udang hidup dan perumpun. Setelah semua persiapan dan umpan kami dapatkan kami bertolak dengan menyewa sebuai bot berkuasa 15 kuda pada jam 8 mlm dari penyewa bot yang bernama Pak Akop di Kong Kong Pasir Gudang.


Dengan bot berkaasa 15 kuda ini kami hanya mengambil masa 10 min utk kelubuk ini. Setelah sauh dilabuhkan joran yang berumpankan udang hidip pun dilabuhkan. Saya dan zakaria menilih melabuhkan umpan agak jauh sedikit dari rumah rakit manakala baharin melabuhkan umpan berhampiran dengan rakit. Setelah 10 min melabuhkan umpan saya mendapat rentapan pertama setelah bertarung beberapa min seekor ikan merah bersekala 1.3 kg berjaya didaratkan. selang beberapa min zakaria pula menerima rentapan yang hebat, ikan berjaya nenarik tali keluar dari gelung kekili shimano navi milik beliau. tetapi malang sekali perambut hantu berkekuatan 30 paun berjaya diputuskan oleh ikan.




Setelah itu tiada lagi regutan kasar dari ikan hanya baharin saja yang berjaya menaikan seekor gemang bersekala 1.5 kg. Setelah jam menunjukan pukul 2 pagi zakaria mula mengeluh mengajak berpindah kerana tiada lagi renggutan dari ikan dan keadaan air sekarang adalah air mati sebelum bertukar ke pasang. Sebaik kami swemua bersetuju utk berpindah joran milik saya bergegar hebat menyebabkan loncing yang saya pasang di hujung joran berdering kuat memecah kesunyian pagi. Tampa berlengah lagi satu sembatan padu saya lakukan supaya mata kail oner 2/0 tertancap kemas pada mulut ikan. Pada mulanya ikan kurang melawan tetapi apabila ikan berada di bawah bot ia mula memberi pertarungan hebat yang mana tali sulam berjaya ditarik keluar beberapa miter dari gegelung kekili shimano sena 4000 yang digandingkan dengan joran lemex platinum milik saya. Setelah hampir 5 min bertarung seakor unga tanda seberat 2.2 kg terkapar-kapar di tepi bot. Setelah ikan berjaya didaratkan saya bertanya pada zakaria samaada mahu lagi berpindah atau tidak. Dengan geram beliau berkata yang beliau akan tewaskan saya sebentar lagi hehehehe ( marah betul beliau dengan sindiran saya tadi ). Setelah setengah jam nenungu apabila air mula pasang zakaria menerima satu geturan kecil dan beliau membiarkan sahaja joranya dan berkata yang ikan baru cium2 umpanya, beliau pun mencapai roti bekalan kami utk menalas perut yang lapar, belum sempat beliau menyuapkan roti ke mulutnya tiba2 jojanya bergegar hebat dan dengan tidak semena-mena roti yang beliau pegang tadi tercampak ke air kerana beliau terpaksa menyembat joranya sebelium beliau berputih mata. Dan ahirnya seekor merah berjaya didaratkan bersekala 1.5 kg. Baharin yang dari tadi merungut tak dapat ikan bertukar tempat dengan saya dan setelah beberapa min beliau berjaya mendaratkan seekor unga tanda bersekala 800 g. Dan apabila matahari mula menyinar kami pun bercadang utk pulang kerana sudah kehabisan umpan. baharin, zakaria dan saya pun mula menguling pancing utk berkemas pulang dengan tidak semena-mena joran abu garsia yang dipadankan denfan shimano navi pg milik saya bergegar kuat hinga menyebabkan ia tercanpak ke air mujur la ianya ditambat tengan tali kalau tidak mau putih bijik mata saya apabila joran kesayangan menjadi tukun. Tali penambat joran pun ditarik bagi mendapatkan joran semula, apabila joran muncul di permikaan air saya dapat lihat gegelung tali terbuka yang nana tali keluar dengan laju apabila ianya berjaya ditutup, ikan telah berjaya melarikan tali kebawah rakit ban berjaya memutuskan perambut berkekuatan 60paun. Oleh kerana umpan telah kehabisan kami semua pun sepalat utk pulang.

p/s lubuk ini sangat efektif waktu air kecil dan kebanyakan ikan2 bersais kasar menmakan umpan waktu air mati.

Template Design | Elque 2007